Thursday, July 31, 2008
TEKNOLOGI KOMUNIKASI SEBAGAI MEDIUM DEMOKRASI

Teknologi komunikasi adalah merupakan medium yang paling penting dan ideal dalam proses pengembangan amalan demokrasi khususnya di negara-negara membangun di mana masih sukar bagi rakyat untuk menyuarakan pendapat tentang sesuatu isu secara bebas dan terbuka.

Namun, persoalannya adakah semua teknologi komunikasi membebaskan masyarakat selaras dengan amalan demokrasi?

Jika dilihat, media massa arus perdana di Malaysia tidak berfungsi sebagai medium demokrasi yang memberikan hak sepenuhnya kepada rakyat untuk bersuara. Kerajaan berkuasa atas pengoperasian media massa dengan pemaktuban undang-undang yang menghalang kebebasan media massa tersebut. TV3, TV9, RTM1, RTM2,, Berita Harian, Utusan Malaysia semuanya mempunyai kaitan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.

Namun, media baru terutamanya internet muncul memberikan rakyat hak penggunaan yang lebih bebas tanpa pengawalan undang-undang. Blog, forum dan portal berita online adalah antara capaian dalam internet yang merintis kebebasan rakyat. Menerusi media baru inilah rakyat mempunyai peluang untuk mengkritik kerajaan.

Pada masa yang sama, media baru menghakis nilai etika apabila ada individu yang memberikan pandangan secara tidak rasional. Ini tentu sekali memberi kesan negatif terhadap wajah dan kualiti demokrasi dan masyarakat sivil di Malaysia.

Sebuah demokrasi yang matang dan berkualiti tinggi tentu sekali mementingkan kesopanan dalam perbincangan. Memang tidak dinafikan bahawa media baru menggalakkan proses demokrasi. Seterusnya menjadi tanggungjawab rakyat menggunakan peluang yang ada itu dengan bijak. Apatah lagi dalam sebuah negara berbilang kaum dan agama, batas-batas adab perbincangan perlu digaris agar forum bebas di alam maya berlangsung dalam suasana yang harmoni, waras dan menyumbang kepada pembinaan bangsa.


Posted by halcyon team at 4:10 AM