Monday, August 18, 2008
TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN PILIHAN RAYA


Dalam konteks pilihanraya, medium penyebaran maklumat melalui internet telah menjadi penting ekoran keruntuhan kredibiliti media cetak dan elektronik tradisional dalam proses menyalurkan maklumat dengan sempurna.
Sebagaimana yang kita semua ketahui golongan terpelajar dan memahami konsep kebebasan demokrasi merupakan mereka yang bebas dalam pemikiran. Justeru kehadiran mereka dalam proses pilihan raya adalah bertujuan untuk mengemukakan tuntutan yang tertentu dan mereka mengharapkan agar tuntuan itu akan dipenuhi. Secara lumrahnya masyarakat yang berjiwa muda seperti mereka memang mengimpikan agar diberi kebebasan, Justeru apabila tuntutan mereka tidak dipenuhi medium internet menjadi alat untuk mereka menyuarakan pendapat mereka.
Memperkatakan tentang pilihanraya 8 Mac 2008 yang lalu, antara faktor kecundangnya pihak kerajaan di 5 negeri ialah faktor teknologi maklumat dan komunikasi. Media alternatif seperti blog , internet dan khidmat pesanan ringkas ( SMS ) dalam Pilihan Raya Umum yang lepas telah berperanan sebagai medium saluran kepada pihak pembangkang dalam proses mereka untuk menyalurkan maklumat dan propaganda mereka kepada pihak pengundi.
Kemampuan sistem rangkaian komputer yang dapat menyebarkan maklumat secara pantas dan meluas telah memberikan kelebihan kepada parti pembangkang untuk menggunakannya sebagai medium mengkritik kerajaan. Selain daripada itu, ruangan internet ini juga telah memberi peluang kepada orang ramai bagi menyampaikan pandangan terhadap pelbagai dasar kerajaan yang dilihat memberi tekanan kepada mereka.
Penggunaan semua aplikasi seperti mel elektronik, blog, SMS, dan YouTube adalah tambahan kepada kaedah tradisional seperti melakukan salinan terhadap laporan berita pembangkang yang ada dalam laman web. Keadaan ini telah menjadikan media alternatif ini sebagai wadah baru bagi pembangkang untuk menyalurkan pandangan mereka.
Pihak yang tertentu dilihat lebih kreatif dalam melancarkan propaganda mereka. Pesanan dihantar bukan lagi dalam bentuk mesej yang boleh menimbulkan kemarahan secara terus, tetapi dalam bentuk jenaka, pantun dan gurindam yang mengajak pengundi untuk mengundi parti tertentu. Sindiran halus itu terus disebarkan secara meluas menerusi SMS dan ia menjadi seperti rantaian mesej yang dipindahkan daripada satu pemilik telefon selular kepada pemilik lain.
Pihak pemerintah kurang menggunakan teknologi komunikasi sebaliknya secara aktif digunakan oleh pembangkang.
Sebaliknya, beliau menjelaskan, kerajaan masih lagi bergantung kepada media tradisional seperti televisyen, radio dan akhbar untuk menyampaikan mesejnya.kerajaan dilihat agak berhati-hati dan kurang yakin terhadap kemampuan memujuk atau menawan hati pengundi menerusi alam siber. Walaupun, media arus perdana secara sistematik memaparkan semua kejayaan BN memerintah negara selama 50 tahun menerusi iklan yang disiarkan di televisyen atau akhbar,namun pengundi di bandar enggan menerima mesej tersebut, sebaliknya mereka memilih untuk beralih ke alam siber bagi mendapatkan sebarang maklumat.
Jelas terbukti bahawa medium teknologi komunikasi menggalakkan penyertaan rakyat dalam proses pilihanraya di mana mereka boleh berbincang secara maya tentang situasi politik, perkembangan kempen, tokoh-tokoh yang dicalonkan dan lain-lain.
Posted by halcyon team at 10:25 PM
Profil
- SUBJEK: YKT 214 - TEKNOLOGI KOMUNIKASI
- PENSYARAH: PUAN WANG LAY KIM
- TEMA BLOG: TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN DEMOKRASI
Nama Ahli
- BAKRY
- SUHAIMI
- NIK
- MARINA
- NADHIYA
- IZZAH
- FIZA
- MYEIRA
- BAIZILA
- DAHLIA
- NAMISAH
- ELIS
- HANNAH
- SYIDA
- AYU
- INA
Navigations
Comment